Aktiviti – laut
Kaki pancing? Atau lebih cenderung kepada yang lebih mencabar – seperti menyelam (scuba diving)? Atau mahu memenuhi percutian anda dengan acara-acara lawatan di Pulau Pangkor. Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut dan tempahan lawatan, trip memancing, menyelam atau pukat tarik yang meriangkan.
Trip Memancing
Memancing di perairan Pulau Pangkor (Pulau Dua, Karang Darat, Tanjung Terengganu, Rumah Raja dan dalam selat), Pulau Sembilan atau Pulau Jarak. Tekong-tekong ternama seperti Cokodok, Man Kanji, Pak Wahab, Pak Musa sedia membantu anda serta memberi tip-tip yang berguna. Trip memancing serba mewah (kapal yang lengkap dengan kabin, kemudahan asas dan sajian makanan) juga disediakan!
Serious Diving Fun Diving
Perairan Pangkor kaya dengan pelbagai spesis batu karang dan hidupan laut, dikatakan bilangan spesisnya lebih banyak daripada yang terdapat di terumbu perairan Sabah.
Pukat Tarik
Pengalaman unik yang ditawarkan, menangkap ikan dengan menggunakan pukat tarik. Bakal memberi kepuasan yang tidak terhingga. Bayangkan betapa seronoknya bersama kawan-kawan menarik pukat di pantai (tentunya dengan bantuan Tekong yang pakar), kemudian sama-sama menikmati hasil tangkapan anda! Mmm… BBQ di bawah hembusan bayu dan bisikan ombak. Dan, jika anda bernasib baik, hasil tangkapan boleh dijual bagi meringankan perbelanjaan anda semasa bercuti.
Island Hopping dan Snorkeling
Di Teluk Nipah berpusatnya aktiviti sukan laut seperti kayak, snorkeling dan skuba kerana terdapat banyak karang-karang dan hidupan laut di sekitar Pulau Mentangor dan Pulau Giam. Selain itu mereka yang gemar bersiar-siar dengan bot laju dapat menjelajah dari pulau ke pulau atau menikmati keindahan senja. Permainan lasak seperti banana bot, jetski dan parasailing juga boleh disertai.



