Pakej-Pakej

Terdapat pelbagai jenis penginapan disediakan di dua pantai perkelahan utama Pulau Pangkor – Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Pasir Bogak menawarkan bilik hotel, apartment dan chalet manakala Teluk Nipah pulau menawarkan beratus-ratus chalet yang bercirikan senibina Melayu yang eksotik. Pakej-pakej yang ditawarkan termasuk Pakej Percutian (individu, pasangan, keluarga), Pakej Seminar, Pakej Kumpulan, Pakej Hari Keluarga, Pakej Melancong dan Pakej Aktiviti/Advencer.

Pakej Percutian

Pakej Percutian

Pulau Pangkor sebuah pulau di perairan Selat Melaka. Ia memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan. Amat sesuai bagi mereka yang mencari kedamaian. Resort hotel dan chalet banyak terdapat di dua pantai tumpuan utama pelancong – Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Pelbagai pilihan penginapan disediakan untuk semua golongan, sama ada yang datang bersendirian, bersama keluarga, rakan-rakan, hinggalah kepada kumpulan yang lebih besar (hari keluarga, percutian kakitangan syarikat swasta atau kerajaan).

Pakej ditawarkan termasuk bilik penginapan, sajian makanan dan riadah.

Kemudahan

  • Bilik yang selesa, hawadingin, ASTRO, bilik air dalam, *pemanas air.
  • Restoran*, sarapan percuma*, surau*, dewan(*hanya resort tertentu sahaja)
  • Permainan pantai, indoor games, sukan air
  • Island tour (pilihan), sewa kereta/motosikal (pilihan)

Harga Pakej

Pakej Seminar

Pakej Seminar / Persidangan / Mesyuarat

Hotel-hotel bertaraf bintang di Pasir Bogak dan Teluk Dalam yang menyediakan pelbagai kemudahan seminar, persidangan dan mesyuarat untuk bilangan peserta sehingga 300 orang! Pelbagai pakej boleh menjadi pilihan anda. Kumpulan kecil dengan budget ekonomi boleh memilih Teluk Nipah yang menyediakan penginapan yang selesa.

Resort di Teluk Nipah boleh menampung kumpulan sehingga 100 peserta serta menyediakan kemudahan seminar, persidangan dan kursus yang lengkap. Kumpulan yang lebih kecil (dan dengan budget yang sederhana) bolehlah memilih resort chalet seperti Palma Beach Resort dan Mizam Resort.

Atau bagi mereka yang memilih keselesaan hotel sepenuhnya bolehlah memilih Teluk Dalam Resort.

Kemudahan

  • Bilik yang selesa, hawadingin, ASTRO, bilik air dalam.
  • Sajian makanan (3 hingga 6 hidangan)
  • Dewan lengkap dengan peralatan AV termasuk PA System dan OHP
  • Sedia mengatur pelbagai aktiviti berkumpulan
  • Island tour (pilihan), sewa kereta/motosikal (pilihan)

Pakej Perkhemahan

Kem / Kursus / Riadah

Pulau Pangkor unik dengan kekayaan alam semulajadi yang terpelihara semenjak zaman berzaman. Hutan dara menyediakan laluan mencabar bagi peminat jungle trekking. Banyak resort penginapan ala summer camp dengan kemudahan dewan, sajian makanan, aktiviti, dsb.

Pakej ditawarkan termasuk penginapan (khemah, dorm, chalet), sajian makanan dan aktiviti.

Kemudahan

  • Bilik air, lampu
  • Surau, dewan
  • Permainan pantai, indoor games, sukan air
  • Island tour (pilihan), sewa kereta/motosikal (pilihan)